Kingdom Hearts - Help Select
Subscribe:
Tampilkan postingan dengan label Renungan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Renungan. Tampilkan semua postingan

Senin, 15 Agustus 2011

Dosa Itu Apa Sich.....???

Spesial buat saya sendiri

Maaf, sorry, afwan katsiir, asiif jiddan atau apalah……… dah lama tidak menjumpai Saudara/i yg tetap tegar di jalan dakwah. Soalnya sibuk ngrancang pabrik Solar Cells. Mhn do’anya ya……! Apa kabar dakwah hari ini? Masih istiqomah kan? Alhamdulillah, semoga kita semua senantiasa dalam Rahmat dan RidhoNya, aamiiin…..
Mungkin Saudara/i kali ini bisa membantu ’saya yg masih belum sadar kalo banyak dosa’

Pernahkah Anda mendengar sebuah pertanyaan yang menantang “Apa itu dosa”??? Mungkin Anda kembali bertanya emang ada yang unik? Memang udah gak asing lagi kata ‘dosa’ di telinga saya. Saya selalu ingat nasihat-nasihat orang tuaku, jangan begini…..jangan begitu…… jangan ini….jangan itu…. karena itu semua dosa.

Kembali ke permasalahan, Apa itu dosa? Membunuh??? Mencuri……??? Judi??? Mabuk??? Main perempuan??? Ato apa lagi….

Yach memang semua itu perbuatan-perbuatan dosa yang gak boleh saya lakuin. Saya sangat ngerti dan paham. Tapi apakah ‘dosa’ cuman yang gitu-gituan aja?? Berarti aman donk saya yang gak pernah mencuri, membunuh, judi, mabuk, zina dll. Betulkah itu??? Apa bisa dikatakan saya gak punya dosa?

Rasul bersabda; “Kebajikan adalah akhlaq yang baik sedangkan dosa adalah segala sesuatu yang menggelisahkan jiwa dan engkau tidak suka jika orang lain mengetahuinya” (HR Muslim) Apa aja….., mulai dari yang paling kecil ampe yang besar. Bertanyalah pada hatimu sendiri setiap melakukan perbuatan, pasti hatimu akan tau mana dosa dan mana kebajikan. Jadi berapa banyak dosa yang saya lakuin tiap jam, tiap hari, tiap minggu, tiap bulan, tiap tahun atau bahkan sepanjang usia saya (dah 25 tahun kurang dikit)???? Tentunya banyak sekali….

Mari kita mengingat kembali pelajaran berhitung, waktu kita masih SD. Kalau saya asumsikan tiap jam saya punya dosa 1, maka dalam sehari semalam saya punya dosa 24. Dalam seminggu 168 dosa, Dalam satu bulan=720 dosa, dalam satu tahun=8760 dosa. Jadi sepanjang usia saya punya dosa sebanyak 8760 x 25 = 219.000. Itu kalau dalam satu jam saya cuman punya dosa 1 kalau 5, 10, 15, 20, 100 atau bahkan lebih, udah berapa banyak dosa saya selama ini? Astaghfirullah, lalu apa yang bisa saya banggakan dengan diri yang penuh dosa ini.????
Tolong katakan padaku;
“Apakakah kamu masih berani bangga diri?”
“Sombong,”
“Angkuh,”
“Takabur,”
“Merasa ‘alim,”
“Merasa suci,”
“Merasa paling…..,”
Yach memang saya harus sadar sesadar-sadarnya, bahwa diri ini banyak dosa. Wahai saudara/i berilah diri ini nasihat, beri diri ini motivasi tuk bertaubat, beri diri ini bimbingan tuk melantunkan istighfar setiap saat.
Katakan pada diri ini, “Rasulullah saja yg maksum (gak punya dosa), tiap hari Beliau senantiasa mengucap istighfar tidak kurang 100 kali.
Trus kamu yg banyak dosa dan maksiat, berapa kali kamu beristighfar?? Sudahkah bibir kamu selalu basah mengucap Astaghfirullah?

Tapi saya agak sedikit punya harapan, kata Ustadz saya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha penerima tobat. “Sebesar apapun dosa kamu jika kamu mau bertobat, insyaAlllah akan diampuni dan kamu menjadi sosok yang benar-benar bersih”.

Allah berfirman dalam hadis qudsi; “wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu semua selalu berbuat dosa siang dan malam. Sedangkan Aku mengampuni semua dosa, maka mintalah ampun kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu ” (HR.Muslim)

Saya sangat yakin hal itu,,,, Saya pun teringat nasihat-nasihat Ustadz dalam pengajian, ta’lim, halaqoh dsb. Manusia yang terbaik bukanlah manusia yang tak punya dosa, tetapi manusia terbaik adalah bila ia punya dosa segera ia bertobat, beristighfar mohon ampun kepadaNya dengan tidak mengulangi lagi perbuatan dosa itu. “Setiap anak adam punya dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang kembali bertaubat”

Yuk tobat,
yuk istighfar,
yuk kembali kepadaNya,

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
……
Astaghfirullahal ‘azhiim
Astaghfirullahal ‘azhiim
Astaghfirullahal ‘azhiim
…….
Astaghfirullahal ‘azhiim alladzi laa ilaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaihi
…….
Allahumma anta robbiy Laa ilaha illa anta,
kholaqtaniy
wa ana ‘abduka
wa ana ‘ala ahdika
wa wa’dika maan statho’tu
a’udzubika min syarri ma shona’tu
Abu u laka bini’matika alayya
wa abu u bidzanbiy
Faghfirliy
Fa innahu laa yaghfiru dzunuba illa anta

Saudara/i
Mohon diingatkan kalau ada
tulisan yang salah,
kurang tepat,
dan menyinggung perasaan
Selamat berjuang
Allahu akbar
….
Dari Saudaramu
yg senantiasa rindu
cinta kasihNya

Hakikat Bersyukur

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam zmenerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Kalau kedua-dua perkara ini manusia tidak mahu lakukan, Allah SWT ada berfirman di dalam sebuah Hadis Qudsi yang maksudnya:
Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.
Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.
Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.
Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)
Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutantuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.
Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.
Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.
Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :
Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.
Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.
Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.
Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Bersyukur lebih berat dari bersabar.

Akhlak Yang Sejati

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak aku diutus melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang luhur.”
Akhlak ialah tingkah laku, budi pekerti, peribadi, gerak geri dan cara bergaul. Akhlak juga ialah adab dan tata susila. Akhlak ada beberapa peringkat. Ada akhlak kepada Tuhan. Ada akhlak sesama manusia. Ada akhlak terhadap makhluk Tuhan yang lain.
Di antara akhlak kita kepada Tuhan termasuklah kita yakin dan beriman kepada-Nya. Kita sabar dan redha di atas segala ketentuan-Nya. Kita menyembah dan bertawakal kepada-Nya dan lain-lain lagi.
Akhlak kita sesama manusia berbagai pula bentuknya. Kita taat dan patuh pada guru dan ibu ayah kita. Kita cinta dan kasihkan mereka. Kita rendahkan diri dan hati kita terhadap mereka. Begitu jugalah akhlak kita terhadap pemimpin. Sesama kawan pula, kita berlapang dada, saling bantu-membantu, nasihat-menasihati dan berkasih sayang. Kita hormati orangorang tua dan kita berbelas kasihan kepada kanak-kanak dan orang-orang yang lebih muda dari kita. Kalau kita membela haiwan pula maka perlulah kita menyediakan tempatnya, makan dan minum secukupnya. Tidak bolehlah kita mendera atau menyakiti haiwan tanpa sebab, kecualilah haiwan yang merbahaya, kita dibolehkan untuk membunuhnya.
Akhlak seseorang itu terbentuk atau terbina disebabkan oleh tiga faktor, iaitu:
  • Oleh tabiat semulajadinya. Lahir sahaja orang itu, tabiatnya sudah berlemah lembut, peramah, pemurah dan sebagainya.
  • Oleh suasana, persekitaran, tempat dia dibesarkan dan oleh puak, suku atau kaumnya. Kalau adat resam kaumnya suka dan pandai menerima tetamu maka dia pun jadi begitu.
  • Yang ditunjangi dan diteraskan oleh iman dan rasa takut serta cinta kepada Tuhan. Inilah akhlak yang sejati.
Akhlak yang bertunjangkan dan berteraskan iman ini tahan diuji dan tahan dicabar. Ia kuat mencengkam peribadi dan jiwa seseorang itu kerana akhlak seperti ini diperolehi melalui mujahadah dan perjuangan. Akhlak yang terhasil dari mujahadah dan yang bertunjangkan iman ini ada pahalanya.
Adapun akhlak yang terhasil dari tabiat semula jadi atau dari suasana dan persekitaran adalah lemah dan tidak tahan dicabar. Kalau dicabar, ia akan terbarai dan musnah. Ia mudah berubah mengikut suasana dan pengaruh luaran. Kalau dijemur dia kering, kalau direndam dia basah. Kalau terdedah kepada budaya lepak, dia akan turut melepak. Kalau terdedah kepada pengaruh “black metal”, maka jadi ‘logam hitam’lah dia.
Sering kita lihat orang yang sewaktu remajanya di kampung, lemah lembut, pandai menghormati orang-orang tua dan selalu melaungkan azan di surau dan masjid. Tetapi sesudah dewasa dan bekerja di kota, dia tidak kisah pula pada orang dan suka pula menyanyi di disko. Ke masjid sudah tidak ada lagi. Ada pula orang yang semasa remajanya liar dan tidak boleh dikawal tetapi berubah menjadi baik walaupun persekitarannya penuh dengan godaan dan pancaroba. Inilah bezanya akhlak yang diperolehi tanpa usaha dan yang diperolehi melalui mujahadah, keinsafan dan keimanan.
Oleh itu, tidak cukup kalau kita lihat umat Islam itu berakhlak. Kita kena tentukan umat Islam itu kuat iman serta takut dan cinta kepada Tuhan. Barulah akhlak yang ada pada mereka itu mencengkam dan termeteri di dalam jiwa dan peribadi mereka. Barulah akhlak itu akhlak yang sejati yang menjadi darah daging dan tidak mudah luntur dan berubah dalam suasana apa sekali pun. Dalam senang mereka berakhlak. Dalam susah pun mereka berakhlak. Tidak ada kuasa mereka berakhlak. Bila ada kuasa pun mereka berakhlak. Bila miskin mereka berakhlak. Sudah kaya-raya pun mereka berakhlak. Di khalayak ramai mereka berakhlak, bila bersendiri pun mereka berakhlak.
Di Malaysia mereka berakhlak, bila berada di London atau di Moscow pun mereka berakhlak. Kerana berakhlak itu bukan mengikut keadaan, tempat atau musim. Di mana pun dan dalam keadaan apa sekali pun kita wajib berakhlak. Dengan kekuatan akhlak yang berteraskan iman ini, barulah akan terpancar akhlak Islamiah yang boleh dilihat oleh semua orang. Akhlak itu ibarat bunga. Semua manusia dan bangsa sukakannya. Ia bersifat sejagat. Tidak payah banyak cakap, akhlak yang murni dan luhur itu adalah satu bentuk dakwah yang sangat berkesan.
Tidak ramai orang kafir memeluk agama Islam kerana ilmu Islam itu sendiri atau kerana sebab-sebab yang lain. Yang ramai memeluk Islam ialah kerana melihat akhlak dan cara hidup umat Islam yang cantik, indah dan murni. Akhlak dan cara hidup umat Islam ialah dakwah yang paling berkesan. Pada zaman awal Islam ramai kaum musyrik dan Yahudi memeluk Islam hanya kerana melihat akhlak Rasulullah SAW yang sangat mulia lagi terpuji.
Bencinya dan buruk sangka orang kafir terhadap Islam dan enggannya mereka memeluk agama Islam banyak disebabkan oleh akhlak umat Islam yang buruk, kasar, ganas, kotor, jahat dan menjijikkan. Inilah dia umat Islam yang secara sedar atau tidak sedar, secara sengaja atau tidak sengaja yang mengkhianati agama Islam.

Minggu, 14 Agustus 2011

Amalan Islam yang Dilupakan

Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain pada yang lain. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini.
Al-Quran itu dinamakan juga Al Furqan atau “yang membedakan”. Siapa yang mengamalkan Al Quran, maka cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan ajaran Al Quran, maka Islamnya tidak syumul.
Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi ciri-ciri dan amalan Islam di dalam kehidupan umat Islam. Banyak dari amalan-amalan Islam telah dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan yang ditiru, dicedok dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang Barat, Yahudi dan Nasrani.
Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam ketika itu juga ada sepuluh. Sebab itu Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan. Pada zaman selepas tabit tabiin, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu, Islam masih lagi kelihatan syumul. Pada zaman tiga ratus tahun hingga membawa kepada tujuh ratus tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud, amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.
Pada era selepas tujuh ratus tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahawa nisbah amalan Islam hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti di zaman Rasulullah SAW dahulu. Ilmu Islam tidak rosak. Ilmu Islam tidak berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, yang rosak dan yang susut ialah amalannya yang sudah banyak ditinggal dan dilupakan oleh umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang berbunyi:
Maksudnya: “Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau ya Muhammad selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120)
Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan yang menjadi rukun ini, kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak bersolat. Masih ada umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan. Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun, hampir kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.
Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam sama ada lahir mahupun batinnya. Itu sebab umat Islam sudah hilang identiti mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah-belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu sebab juga umat Islam sudah tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyakinan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam tetapi cara hidup, cara berfikir dan cara menilai sangat kebaratan.
Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru hara. Banyak mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.
Umat Islam sudah lupa berpakaian secara Islam. Mereka sudah lupa itu apa aurat. Mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. Mereka sudah lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam. Mereka sudah lupa bersahabat dan berjiran secara Islam. Mereka sudah lupa berhibur secara Islam. Mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.
Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka terkejut. Pakaian sunnah berserban mereka tak tahu. Makan cara Islam di dalam talam, makan bergaram dan duduk bersimpuh, mereka rasa pelik. Pada masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal ianya adalah satu amalan yang mulia dan merupakan sebahagian dari syariat Islam dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi orang-orang soleh. Tidak pula mereka pandang salah atau hina bila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana ke mari. Dadah, arak, zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau sebagai masalah
individu yang orang lain tidak perlu masuk campur.Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeza dengan sistem kapitalis yang diamalkan yang hanya mementingkan untung berlipat ganda tanpa mengira halal atau haram. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa manusia kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan yang melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan yang menggalakkan pergaulan bebas muda mudi dan penggunaan dadah. Sistem sosial Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu dan penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan dan bukan sistem sosial yang menindas dan menekan, hidup cara nafsi-nafsi,
yang kuat timbul yang lemah tenggelam seperti kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang berebut-rebut meninggikan pucuk masing-masing untuk mendapat cahaya matahari. Dan juga sistem pentadbiran Islam yang menyatu-padukan umat, yang adil, yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan
bukan ideologi ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insan dan rohaniah lebih dari pembangunan material. Sudah begitu jauh cara hidup umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.
Untuk menebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini, untuk membawa Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk menjadikan umat Islam ini pewaris
bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita. Kita perlu hidupkan semula segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat
Islam perlu kembali kepada amalan Islam yang sebenar.
Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amalan kita itu kepada dua, tiga, empat, lima dan seterusnya setakat mana yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam akan hanya menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok Islam tidak ada, masakan dapat kita nikmati buahnya yang enak, lazat dan manis.Dengan ketiga-tiga perkara ini juga iaitu iman, ilmu dan amal, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya kasih sayang Tuhan. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.
Islam asalnya dagang. Kini cara hidup Islam kembali dagang, ia
terpinggir dan tersisih di zaman jahiliah moden ini.

Nasihat Kematian

“Dimana saja kemu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (An-Nisa:78)

Saudaraku tercinta…
Kematian adalah sebuah kepastian dan ketentuan dari Allah swt. Semua manusia akan dijemputnya cepat atau lambat, tua atau muda tanpa perkecualian. Kematian menghancurkan semua kelezatan dunia dan menghentikan semua langkah manusia di dunia. Sayangnya, banyak manusia lalai dan mengabaikan kematian.

Abu Darda. ra pernah berpesan, “Apabila anda mengenang orang-orang yang sudah mati, maka anggaplah dirimu salah seorang dari mereka.”

Saudaraku tercinta…
Walaupun kematian adalah rahasia dari Allah swt. Namun Allah swt memberikan tada-tandanya kepada manusia, agar mereka mau sadar dan mempersiapkan diri. Rambut yang mulai beruban, gigi yang mulai rontok, fisik yang semakin melemah dan sakit-sakitan. Tanda-tanda ini sejatinya harus menjadi pelajaran dan nasihat bagi kita.

Ibrahim an-Nakhai pernahberkata, “Jika kami datang ke rumah orang yang meninggal dunia atau mendengar ada orang yang meninggal dunia, maka hal itu membekas pada diri kami hingga berhari-hari. Karena kami tahu akan ada sesuatu (ajal itu akan membawanya ke syurga atau neraka).”
Betapa kuatnya nasihat kematian. Kematian membuat Rasulullah saw selalu melakukan ziarah kubur dan mengingat kematian. “Perbanyak mengingat penghancur kelezatan.” (HR. tirmidzi)

Saudaraku tercinta…
Mengingat kematian akan meningkatkan kesadaran dan jati diri manusia. Mengingat kematian juga akan memberikan dampak positif dalam kehidupan dunia, berupa kelembutan dan kepekaan hati. Dengan dmikian ia cepat tanggap untuk selalu melakukan amal shalih dan meninggalkan kemaksiatan.

Saudaraku tercinta…
Orang yang senantiasa mengingat kematian sesungguhnya adalah orang yang cerdas. Ukuran kecerdasan seseorang dapat dilihat dari sejauh mana ia bertindak secara efektif dan efesien, berbuat untuk kepentingan diri dan orang lain dan memiliki visi dan misi yang jauh ke depan, disamping memiliki pengendalian diri yang kuat. Dengan mengingat kematian, seseorang akan beramal semaksimal mungkin.

Saudaraku tercinta…
Ibnu Umar menceritakan, Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat dari kalangan Anshor, “Siapakah orang yang paling cerdas dan paling mulia, wahai rasulullah saw?”
Rasulullah saw menjawab, “Orang yang paling banyak mengingat kematian dan paling banyak mempersiapkan diri untuk menjumpainya. Mereka itulah orang-orang yang cerdas. Mereka pergi dan membawa kemuliaan dunia dan kehormatan akherat.”
(HR. Ibnu Majah)

Abu Bakar As-Shiddiq pernah berkata: “Bersemangatlah meraih kematian, niscaya Allah akan memberikan kepadamu kehidupan.”

Saudaraku tercinta…
Barra bin ‘Azib menceritakan hadits yang panjang riwayat Imam Ahmad tentang perjalanan seseorang, setelah ia mati.
Seorang mukmin yang akan meninggal dunia akan disambut ceria oleh malaikat dengan membawa kafan syurga. Lalu datang Malaikat Maut duduk di atas kepalanya dan memerintahkan ruh yang shalih untuk keluar dari jasadnya. Selanjutnya, ia disambut oleh malaikat dan ditempatkan di kain kafan syurga serta diangkat ke langit. Penduduk langit berupa malaikat menyambutnya, sampai di langit terakhir bertemu Allah dan memerintahkan pada malaikat, “Catatlah kitab hambaku ke dalam ‘Illiyin dan kembalikan ke dunia.”
Selanjutnya, dikembalikan lagi ruh itu ke jasadnya. Lalu datanglah dua malaikat yang bertanya, “Siapa Tuahanmu? Apa agamamu? Siapa lelaki yang diutus kepadamu? Siapa yang mengajarimu?” Hamba yang beriman itu dapat menjawab dengan baik. Lalu ia diberi alas berupa syurga, mendapat kenikmatan di kubur, dengan selalu dibukakan pintu syurga, dilapangkan kuburnya dan mendapat teman yang baik, pakaian yang baik dan aroma yang baik. Lelaki itu adalah amal perbuatannya.


Saudaraku tercinta…
Sebaliknya, ketika orang kafir akan meninggal dunia, datanglah malaikat hitam dengan membawa kain kotor. Selanjutnya, datanglah malaikat maut dan duduk di kepalanya dan memerintahkan ruh yang buruk untuk keluar dari jasadnya. Malaikat maut menarik ruh itu dari jasadnya seperti menarik duri dari kain wol yang basah. Setelah itu, ia ditaruh di kain kotor. Seketika terciumlah bau busuk menyengat. Lalu ia dibawa naik ke langit. Setiap naik ke langit, para malaikat menanyakan ruh yang berbau busuk tersebut. Ruh itu tidak sampai naik ke langit, di mana Allah berada di sana, dan tidak bertemu Allah. Allah memerintahkan untuk mengembalikan ruh itu ke jasadnya dan dicatat dalam kitab Sijjin. Lalu datanglah kedua malaikat mengajukan pertanyaan seperti di atas. Tapi orang kafir itu hanya menjawab, oh… oh… saya tidak tahu, karena tidak mampu menjawab. Setelah itu ia diberi alas berupa neraka serta mendapat siksa kubur. Neraka selalu membuka pintu untuknya. Ia ditemani oleh teman yang berwajah dan berpakaian buruk, aromanya pun tak sedap. Teman itu adalah amal buruknya ketika hidup di dunia.
Saudaraku tercinta…
Marilah kita meresapi kata-kata penuh hikmah dari seorang shalih, Lukman Al-Hakim. ra, beliau mengatakan, “Wahai anakku! Sesungguhnya manusia itu terdiri dari tiga bagian: sepertiga untuk Allah, sepertiga untuk dirinya dan sepertiga untuk ulat dan cacing. Bagian pertama, yang akan kembali ke Allah adalh ruhnya. Bagian kedua, yang kembali menjadi miliknya sendiri adalah amalnya. Dan bagian ketiga, yang menjadi santapan ulat dan cacing adalah jasadnya.”
Saudaraku tercinta…
Hidup kita yang hanya sebentar ini di dunia, marilah kita mafa’atkan dengan semaksimal mungkin. Bukankah Allah swt menciptakan manusia tidak lain untuk mengabdi dan beribadah kepada-Nya. Jangan jadikan dunia segala-galanya bagi kita… Ingatlah, kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau saja.

Wallahu ‘alam bi showab.